Thursday, June 16, 2005

Merah

- Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

+ Orang tua
+ Guru
+ Teman

- Semua itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
- Apakah warna kesukaan saudara?

+ MERAH.

- Kenapa merah?

+ Kerana pada zaman dahulu, orang Roman percaya bahawa warna merah adalah petanda pertarungan.

- Itu sahaja?

+ Kerana warna merah adalah lambang keberanian di negera India.

- Saudara mahu menjadi berani? Dan saudara mahu bertarung? Tidak takut mati?

+ Ya, orang-orang Rusia menggunakan bendera berwarna merah sebagai simbol semangat dan kemenangan mereka menggulingkan Tsar mereka. Itulah asalnya bagaimana merah menjadi warna penganut komunisme.

- Jadi, kerana ini semua, saudara memilih warna merah sebagai warna saudara? Dan saudara tidak takut mati?

+ Kenapa saudara terlalu ingin tahu?

- Perlukah saya beritahu sebabnya?

+ Perlu.

- Saya tidak ada sebab untuk bertanya.

+ Setiap perkara yang berlaku dan dilakukan ada sebabnya.

- Tidak semua.
- Saudara percaya pada gerak hati yang dipanggil naluri?

+ Saya pernah mendengarnya.

- Saudara percaya ia wujud di dalam diri?

+ Saudara ganjil.

- Mungkin aneh lebih sesuai.

+ Saudara membosankan.

- Ganjil dan membosankan mungkin saya. Tapi saya bukan ganjil dan membosankan.

+ Sama sahaja.

- Tapi tidak serupa.

+ Siapa sebenarnya saudara?

- Saya yang mengetahui tentang hidup.

+ Dan tentang mati?

- Dan tentang mati.

+ Jadi apakah hakikat hidup?

- Saudara terpelajar. Saudara tahu hakikat hidup.

+ Mungkin saudara lebih mengetahui?

- Saya memilih untuk tidak berbicara mengenai hakikat hidup. Saya tidak mahu berfalsafah.

+ Falsafah satu usaha untuk mencari kebenaran. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah.

- Sekarang saudara berbicara mengenai hakikat hidup. Lalu kenapa saudara memilih merah sebagai warna saudara?

+ Apakah kaitan warna merah dengan hakikat hidup?

- Saudara juga yang mengatakan bahawa merah lambang keberanian, perjuangan, pejuang.

+ Salahkah saya mengaitkan ia dengan keberanian dan perjuangan?

- Tidak salah. Tapi saudara lupa untuk turut mengaitkan ia dengan keyakinan, cinta, kasih sayang.

+ Perlu?

- Saudara rasa?

+ Tiada perasaan zahir dalam diri saya.

- Saudara tidak takut?

+ Takut apa?

- Mati.

+ Kematian itu biasa.

- Menjadi luar biasa bila dialami oleh banyak orang, dalam waktu yang sama, dan dengan cara yang sama.

+ Maksud saudara?

- Saudara faham maksud saya.

No comments: